Sunday, July 20, 2008

KURSUS BINA BLOG

Tarikh: 19/ 07/ 2008

Masa : 8.00pg – 4.00ptg

Tempat: Makmal Komputer 1

SMK Kubang Kerian 1.

Tajuk : ’ Bina Web Blog ’

Sasaran : Ketua-ketua Unit.

Penceramah :Tn. Hj. Mohamed b Abdullah

Penolong Pengarah ICT, JPN Kelantan

1.0 Pendahuluan

Blog adalah istilah dari Weblog . Weblog merupakan laman atau ruang catatan harian atau paparan karya yang ditayangkan secara online.Weblog juga dikenali dengan ‘Buku Harian Online’ yang diisi secara terus menerus secara periodik. Manakala blogger pula istilah yang diberikan kepada penulis karya blog di internet. Web blog membolehkan para pembuatnya menampilkan pelbagai jenis karya, kumpulan Link Internet, dokumen, gambar dan bahan multimedia. Karya atau hasil penulisan di dalam blog sepatutnya diolah sebaik mungkin agar dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan masyarakat.

2.0 Rasional

Dalam kontek sekolah, blog adalah media komunikasi, diskusi dan informasi secara global tentang pendidikan. Seiring dengan perubahan kurikulum ke arah pembestarian sepenuhnya, maka perkongsian pengalaman, ilmu, bahan teknologi P&P dan lain-lain lagi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan melalui laman blog. Malah, jaringan komunikasi akan dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi apabila ramai pengunjung yang melawat atau menjadi rakan kongsi blog kita. Bahan P&P juga dapat dimuat turunkan ke dalam blog untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Memandangkan kepada keperluan dan kepentingan inilah, Unit Perkembangan Staf Sekolah mengadakan Kursus Pembinaan Blog kepada Ketua-ketua Unit dan seterusnya akan diperpanjangkan kepada seluruh warga SMKKK 1 di masa akan datang.

3.0 Misi blog

1. Membuka ruang kepada blogger untuk menulis artikel dengan gaya yang menarik dan ringkas serta boleh dilawati secara santai sahaja.

2. Memuat turunkan pelbagai ilmu dan kemahiran berteraskan kebenaran.

3. Menyediakan ruang perkongsian bijak @ perkongsian karya.

4. Dapat membetulkan kepincangan masyarakat.

5. Mempertingkan prestasi diri melalui komen-komen yang dilontarkan oleh pelawat-pelawat blog.

6. Membina hubungan silaturrahim secara global melalui jaringan blog.

4.0 ATUR CARA

7.45pg - Pendaftaran

8.15pg - Pembukaan majlis

- Ucapan Pengetua

- Slot 1 “ Bina Web Blog ”

10.30pg - Rehat/ Persegaran

11.00pg - Sambungan Slot ” Bina Web blog ”

1.00tgh - Makan/Solat Zohor

2.30ptg - Perbengkelan

4.00ptg - Persegaran & bersurai

5.0 Penutup

Kesedaran tentang peranan Laman Blog menarik minat masyarakat untuk menulis karya dan berkongsi informasi ilmiah secara lebih berkesan. Fenomena yang positif ini juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman dan kecerdasan minda masyarakat Malaysia.



1 comment:

Shahrulsite said...

Skoloh ambo nih mulo nih...
SPM tahun 2000