Friday, June 27, 2008

KURSUS DALAMAN ICT

Tarikh : 28 Jun 2008
Tempat : Makmal Komputer SMK Kubang Kerian 1
Masa : 7.45 Pagi– 4.30 Petang
Peserta : Semua Guru ICTL

Penceramah

1. Pn. Wan Azrina Muhamad Zuki


1.0 Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Realitinya, masyarakat hari ini memang tidak dapat dipisahkan dengan perantara nombor satu dunia iaitu teknologi internet, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang ke arah celik ICT . Winston Churcil menyatakan “ empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional dengan sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat sejajar dengan kepesatan pembangunan global.


2.0 Rasional


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para guru ICTL dalam penggunaan internet dan aplikasi (email & blog) serta menyediakan guru dari segi kepakaran dalam menyampaikan dan mengaplikasikan penggunaan internet dalam P&P ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

3.0 Atur cara Majlis

8.00 Pg : Pendaftaran

8.15 Pg : Pembukaan majlis

Ucapan Pengetua

Slot 1 : Pendaftaran ' EMAIL '

10.30 Pg : Rehat/ Persegaran

11.00 Pg : Slot 2 : Pembinaan ' WEB BLOG '

1.00 Tgh. : Makan/ Solat Zohor

2.30 Ptg. : Perbengkelan

4.00 Ptg : Bersurai.


KURSUS PBS KHB

Tarikh : 28 /6/2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tempat: Bilik Multimedia

1.0 Pendahuluan
Program kursus dalaman guru Kemahiran Hidup merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan sebagai satu langkah awal untuk meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Program ini juga perlu memandangkan bukan semua guru yang mengikuti kursus bagi sukatan baru KHB.

2.0 Rasional
Berasaskan kepada hasrat dan matlamat negara dan sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR, panitia Kemahiran Hidup turut mengorak langkah dengan mengadakan kursus dalaman pemantapan format instrumen pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup bagi PMR 2008.

3.0 Matlamat
3.1 Meningkatkan peratus kelulusan dan mengurangkan peratus gagal.
3.2 Meningkatkan peratus diperingkat cemerlang (A).

4.0 Objektif
4.1 Memantapkan kefahaman guru Kemahiran Hidup terhadap sukatan baru.
4.2 Memantapkan kefahaman guru Kemahiran Hidup tentang penyediaan kerja kursus PMR 2008.
4.3 Mendapatkan maklumat dan dapatan terkini terhadap skop proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kemahiran Hidup.
4.4 Menimbulkan pemikiran refleksi memperbaiki P&P ke arah yang lebih menarik.

5.0 Sasaran
15 orang guru Kemahiran Hidup sesi pagi dan petang.

Pengisian Program:

8.30 - 9.00 pagi: Pendaftaran Peserta
9.00 – 9.05 pagi: Bacaan Doa
9.05 – 10.30 pagi: Ceramah 1
Pn. Hjh. Khazimah bt. Mohd Rani
(Guru Kemahiran Hidup SMK Kubang Kerian
10.30 – 11.00 pagi: Kudapan
11.00 –12.30 tengahari: Ceramah 2
Pn. Roslinah bt. Omar
(Guru Kemahiran Hidup SMK Kubang Kerian 1)
12.30 – 1.00 petang: Makan Tengahari
2.30 - 4.00 petang: Ceramah 3
Pn. Hjh. Norsiah bt. Mohd Rahim
(Guru Kemahiran Hidup SMK Kubang Kerian 1)
4.00 petang: Bersurai

Tuesday, June 24, 2008

KURSUS PHOTOSHOP & PUBLISHER

Tarikh : 21 Jun 2008
Masa : 8.00 Pg – 4.00 Ptg.
Tempat : Makmal Komputer SMK Kubang Kerian 1
Sasaran : Guru SMKKK 1
Penceramah : En Mohamad b Ibrahim
( JU ICT, SMK MULONG )

Rasional

Guru adalah tunjang penting dalam memastikan semua usaha murni kerajaan ke arah pendidikan yang berkualiti dapat dijayakan dengan jaya dan sempurna. Oleh yang demikian, guru sebagai golongan pelaksana seharusnya lebih bersedia menghadapi perubahan dan perkembangan drastik di dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang ICT. Guru di era abad milenium ini perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang sedang meledak dalam dunia tanpa sempadan. Guru perlu pendekatan baru dalam menggunakan alat teknologi yang pelbagai sebagai sebahagian daripada pengajarannya. Guru juga perlu tahu tentang penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajarannya demi menarik minat pelajar ke arah pencapaian di dalam bidang kurikulum yang lebih cemerlang dan berkesan.

Objektif

a. Dapat merealisasikan dasar dan hala tuju pendidikan negara ke arah pembestarian sekolah yang menfokuskan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

b. Memperkenalkan aplikasi-aplikasi dan perisian komputer yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

c. Boleh menghasilkan dan merekacipta modul/ bahan majalah sekolah/ cover menggunakan satu atau gabungan aplikasi teknologi komunikasi dan maklumat.

d. Boleh mengaplikasikan perisian komputer yang disediakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

e. Memperkenalkan laman web yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aturcara Program

8.00 am : Pendaftaran

8.15 am : Ucapan aluan Tuan Pengetua SMK Kubang Kerian 1

8.30 am : Modul 1

- Pengenalan kepada Adobe Photoshop
- Mengaplikasikan Photoshop

10.00 am : Minum pagi

10.30 am : Modul 2

- Membuat cover majalah/ gambar kandid dengan menggunakan
Adobe Photoshop

12.30 pm : Rehat dan makan tengahari

2.00 pm : Modul 3

- Bengkel
- Persembahan hasil bengkel – kumpulan

400 pm : Bersurai

Monday, June 23, 2008

KURSUS ' BUDAYA KERJA CEMERLANG '

Tarikh : 17/ 05/ 2008

Masa : 7.45pg – 4.00ptg

Tempat : Dewan Tok Kenali SMKKK 1

Tajuk : 1 ) Budaya Kerja Cemerlang

2 ) P&P Berkesan

Sasaran : Warga Pendidik SMK Kubang kerian 1

Pendahuluan

Mutu pencapaian pendidikan sesebuah sekolah itu bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh gurunya. Sehubungan itu, latihan guru memainkan peranan yang sangat penting malah merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Melalui kursus dan latihan, guru diberi pengisian dan kemahiran secara intensif dalam pelbagai skill seperti pedagogi, psaikologi, teknologi pendidikan, ICT dan lain-lain lagi yang boleh meningkatkan kemahiran, pemikiran dan kreativiti mereka. Mereka juga dilengkapkan dengan kaedah memudahkan dan menggalakkan pelajar menguruskan pembelajaran kendiri.

Rasional

Negara Malaysia sedang rancak mengatur langkah ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 bersama harapan dan cita-cita untuk muncul sebagai negara yang maju dalam semua aspek . Pendidikan adalah bidang utama yang akan menggerakkan perjalanan menuju wawasan ini. Para pendidik pula merupakan penggerak utama bidang pendidikan, sewajarnya dipertingkatakan kecekapan dan keberkesanan mutu pendidikan mereka. Berbekalkan ilmu, sahsiah yang mantap dan digarapkan dengan pelbagai kemahiran warga pendidik akan mampu melahirkan pelajar-pelajar berminda kelas pertama yang akan memacu pembangunan negara sehingga mampu bersaing di persada antarabangsa.

Guru adalah agen perubah masyarakat dan orang yang bertanggungjawab membentuk dan mengasah potensi pelajar-pelajar. Manakala pelajar adalah modal utama negara yang semestinya digilap dan dibangunkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu sehingga mereka menjadi pelajar yang all rounder, memilik pelbagai skill dan keterampilan. Guru yang cemerlang akan memastikan setiap anak didiknya mendapat didikan yang terbaik .

Namun begitu, untuk melahirkan pelajar yang hebat yang mampu membawa pulangan yang hebat kepada negara, bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara sambil lewa sahaja. Para pendidik hendaklah dimantapkan dengan latihan-latihan keguruan yang boleh melonjakkan mutu perkhidmatan mereka.

Objektif

  • Menyediakan guru untuk menangani perubahan terkini dalam pendidikan.
  • Menjana kekuatan minda bagi melahirkan guru yang reflektif untuk menghadapi cabaran Era globalisasi.
  • Memantapkan ketrampilan profesionalisme guru untuk mengaplikasikan pedagogi bestari bagi melahirkan generasi ‘pekerja ilmu’ yang berkualiti.
  • Meningkatkan penggunaan pelbagai teknologi secara bestari sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Memupuk sikap positif dan nilai murni sejajar dengan Etika Keguruan.
  • Memantapkan jalinan kesejawatanan dan pemuafakatan profesionalisme bagi mengekal dan menyokong sistem pendidikan berkualiti.
  • Mempertingkatkan penghayatan dan amalan pendidikan sepanjang hayat


ATURCARA

7.45pg - Pendaftaran

8.15pg - Pembukaan majlis

- Ucapan Pengetua

- Slot 1 “Budaya Kerja Cemerlang ”

10.30pg - Rehat/ Persegaran

11.00pg - Slot 2 ”P&P Berkesan

1.00tgh - Makan/Solat Zohor

2.30ptg -Perbengkelan

4.00ptg - Persegaran & bersurai