Monday, June 23, 2008

KURSUS ' BUDAYA KERJA CEMERLANG '

Tarikh : 17/ 05/ 2008

Masa : 7.45pg – 4.00ptg

Tempat : Dewan Tok Kenali SMKKK 1

Tajuk : 1 ) Budaya Kerja Cemerlang

2 ) P&P Berkesan

Sasaran : Warga Pendidik SMK Kubang kerian 1

Pendahuluan

Mutu pencapaian pendidikan sesebuah sekolah itu bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh gurunya. Sehubungan itu, latihan guru memainkan peranan yang sangat penting malah merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Melalui kursus dan latihan, guru diberi pengisian dan kemahiran secara intensif dalam pelbagai skill seperti pedagogi, psaikologi, teknologi pendidikan, ICT dan lain-lain lagi yang boleh meningkatkan kemahiran, pemikiran dan kreativiti mereka. Mereka juga dilengkapkan dengan kaedah memudahkan dan menggalakkan pelajar menguruskan pembelajaran kendiri.

Rasional

Negara Malaysia sedang rancak mengatur langkah ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 bersama harapan dan cita-cita untuk muncul sebagai negara yang maju dalam semua aspek . Pendidikan adalah bidang utama yang akan menggerakkan perjalanan menuju wawasan ini. Para pendidik pula merupakan penggerak utama bidang pendidikan, sewajarnya dipertingkatakan kecekapan dan keberkesanan mutu pendidikan mereka. Berbekalkan ilmu, sahsiah yang mantap dan digarapkan dengan pelbagai kemahiran warga pendidik akan mampu melahirkan pelajar-pelajar berminda kelas pertama yang akan memacu pembangunan negara sehingga mampu bersaing di persada antarabangsa.

Guru adalah agen perubah masyarakat dan orang yang bertanggungjawab membentuk dan mengasah potensi pelajar-pelajar. Manakala pelajar adalah modal utama negara yang semestinya digilap dan dibangunkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu sehingga mereka menjadi pelajar yang all rounder, memilik pelbagai skill dan keterampilan. Guru yang cemerlang akan memastikan setiap anak didiknya mendapat didikan yang terbaik .

Namun begitu, untuk melahirkan pelajar yang hebat yang mampu membawa pulangan yang hebat kepada negara, bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara sambil lewa sahaja. Para pendidik hendaklah dimantapkan dengan latihan-latihan keguruan yang boleh melonjakkan mutu perkhidmatan mereka.

Objektif

  • Menyediakan guru untuk menangani perubahan terkini dalam pendidikan.
  • Menjana kekuatan minda bagi melahirkan guru yang reflektif untuk menghadapi cabaran Era globalisasi.
  • Memantapkan ketrampilan profesionalisme guru untuk mengaplikasikan pedagogi bestari bagi melahirkan generasi ‘pekerja ilmu’ yang berkualiti.
  • Meningkatkan penggunaan pelbagai teknologi secara bestari sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Memupuk sikap positif dan nilai murni sejajar dengan Etika Keguruan.
  • Memantapkan jalinan kesejawatanan dan pemuafakatan profesionalisme bagi mengekal dan menyokong sistem pendidikan berkualiti.
  • Mempertingkatkan penghayatan dan amalan pendidikan sepanjang hayat


ATURCARA

7.45pg - Pendaftaran

8.15pg - Pembukaan majlis

- Ucapan Pengetua

- Slot 1 “Budaya Kerja Cemerlang ”

10.30pg - Rehat/ Persegaran

11.00pg - Slot 2 ”P&P Berkesan

1.00tgh - Makan/Solat Zohor

2.30ptg -Perbengkelan

4.00ptg - Persegaran & bersurai

No comments: