Tuesday, April 28, 2009

KURSUS PENAMPILAN DIRI GURU

Tarikh : 25/04/2009
Masa : 8.00 Pg - 2.00 Ptg.
Tempat : SMK Kubang Kerian 1

1.0 Pendahuluan
Biasanya orang akan berminat untuk membuka sebuah buku apabila tertarik dengan kulitnya. Begutu juga orang akan tertarik kepada seseorang apabila melihat penampilannya. Seseorang yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal tanpa tumpuan sewajarnya kepada penampilan peribadi tetap dianggap tidak cantik atau tampan. Penampilan diri yang menarik memberi saham yang besar terhadap kejayaan seseorang.

2.0 Rasional
Dalam kontek pendidikan, guru adalah komponen utama bagi merealisasikan proses pendidikan. Justeru itu, guru perlu memiliki kecantikan dan ketampanan sosial. Kecantikan dan ketampanan sosial perlu kepada pengurusan peribadi yang sistematik samada pengurusan kendiri atau tatacara berpakaian. Kecantikan dan ketampanan sosial adalah faktor utama yang membezakan antara orang yang berjaya dan orang yang gagal. Kehebatan seorang guru menjalinkan hubungan sosial dengan pelajar sangat penting bagi menarik perhatian dan minat mereka kepada ilmu dan kemahiran yang digarapkan. Namun begitu, tidak dinafikan kecantikan dan ketampanan fizikal adalah nilai tambah bagi memudahkan individu menarik perhatian orang yang disasarkan.

3.0 Objektif
1. Melengkapkan guru dengan sifat-sifat terpuji dan penampilan yang menarik.
2. Menjadikan guru sentiasa cakna dengan penampilan yang menarik.
3. Melahirkan guru yang boleh menjadi contoh yang baik kepada pelajar dari sudut akhlak dan penampilan.
4. Memantapkan guru dengan ciri-ciri merabbi, muallim dan muaddib.

4.0 ATUR CARA

8.00 pg - Pendaftaran
8.15pg - Pembukaan majlis
- Ucapan Pengetua
- Slot 1 “ Penampilan Diri Guru ”
oleh Tn. Hj. Alawi b Mahmood, PK1 SMK Melor.
10.30pg - Rehat/Persegaran
11.00pg - ” Menyantuni Pelajar Mengikut Pendekatan Psikologi ”
oleh Pn Hasnah bt Che Musa,
Ketua Jabatan Psikologi,
Kolej Islam Sains Dan Teknologi, Bachok, Kelantan.
1.00tgh - Makan
2.00ptg - Bersurai

Monday, April 27, 2009

KURSUS PORTAL EDUWEBTV KE-2

Tarikh : 18/04/2009
Masa : 8.00 Pg - 2.00 Ptg.
Tempat : SMK Kubang Kerian 1


1.0 PENDAHULUAN

EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk guru-guru dan murid-murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar , luar bandar, pedalaman an juga hilir bandar.

2.0 RASIONAL
Dalam konteks pendidikan, bahan rangsangan merupakan perkara penting dalam merialisasikan proses pengajaran dan pendidikan selain daripada guru. EDUWEBTV sebagai satu portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pendidikan. EDUWEBTV dapat menjalinkan hubungan yang rapat antara guru dan pelajar dan dapa menarik perhatian dan mnat mereka kepada ilmu dan kemahiran yang digarapkan.


3.0 OBJEKTIF
1. Melengkapkan guru dengan latihan untuk proses P & P.
2. Menjadikan guru sentiasa cakna dengan perkembangan masa kini.
3. Melahirkan guru-guru yang inovatif, kreatif dan berdaya maju.


4.0 SASARAN
Semua guru Sains Sosial (Panitia Geografi, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Agama Islam- 40 orang)

5.0 TEMPOH
6 jam ( 1 hari ).

6.0 ATURCARA

8.00 pagi - Pendaftaran

8.15 pagi - Pembukaan majlis :
Ucapan Pengetua
- Slot 1 : Taklimat EDUWEBTV
- ‘Hance On’ 1
- Log Masuk
- Troubleshooting

10.30 pagi - Rehat / Persegaran

11.00 pagi - Slot 2
- ‘Hance On’ 2
- Senarai Video (Playlist)
- Troubleshooting

2.00 petang - Model Pengajaran Pengintegrasian
EDUWEBTV dalam P&P

Sunday, April 12, 2009

KURSUS EDUWEBTV

Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)

Tempat : Makmal Komputer SMK Kubang Kerian 1
Masa : 8.00 pagi– 4.30 petang
Peserta : Pentadbir, Guru Kanan & Ketua Panitia Matapelajaran


1.0 PENGENALAN

EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk guru – guru dan murid – murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar. EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Web TV KPM ini menyediakan 7 jenis saluran rancangan seperti Berita, Wawancara, Akademik, Rencana, Interaktif, TV Pendidikan dan Siaran Langsung.



2.0 OBJEKTIF

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan portal EDUWEBTV kepada para guru dan memberikan latihan untuk para guru menggunakan portal ini yang seterusnya akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 ATURCARA MAJLIS

8.00 PG : Pendaftaran

8.15 PG : Pembukaan majlis

Ucapan Pengetua

SLOT 1 :

- Taklimat EduWeb TV

- ’Hands On’ 1 – Log Masuk & ’Troubleshooting’.

10.30 PG : Rehat/ Persegaran

11.00 PG : SLOT 2 :

- ’Hands On’ 2 – Senarai Video (Playlist) & ’Troubleshooting’.

1.00 TGH : Makan/ Solat Zohor

2.30 PTG : Model Pengajaran Pengintergrasian EDUWEBTV dalam P&P

4.00 PTG : Persegaran & BersuraiI

KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENGURUSAN FAIL

Tarikh : 28 hb Feb 2009

Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Sasaran :

1. SU dan PSU Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit KOKurikulum

2. Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia

3. Penyelaras Mata Pelajaran

4. Ahli jawatankuasa Unit Perancang Sekolah


1.0 Pendahuluan

Ceramah 1 ini dirancang untuk membantu semua Unit Perancang Sekolah dalam menyediakan Plan Stategik, Plan Taktikal dan Plan Operasi secara bersistem.. Dengan adanya ceramah ini , fokus pengurusan semua unit adalah lebih jelas dan seterusnya dapat membantu unit-unit merancang dan mengendalikan sesuatu program dengan lebih berkesan.

Ceramah 2 pula dirancang untuk membantu semua Setiausaha dan Ketua Panitia dalam pengurusan fail. Pengurusan fail yang akan dibentangkan adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jemaah Nazir. Dan dengan adanya ceramah ini , Setiausaha Unit dan Ketua Panitia dapat menyediakan sistem fail yang betul dan sistematik.

2.0 Rasional

Pengurusan sekolah yang bersistematik dan berkesan merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah baik dari segi kurikulum, HEM, kokurikulum dan pentdbiran. Memandangkan SMK Kubang Kerian 1 dicalonkan sebagai sebuah sekolah kluster maka pada tahun 2009 merupakan tahun persediaan kita kea rah sekolah Kluster. Sebagai calon sekolah Kluster, penting bagi sekolah memperoleh kejayaan dalam semua segi iaitu Kurikulum, HEM, Ko-kurikulum dan Pentadbiran Ceramah ini dirancang sebagai satu langkah persediaan awal pihak sekolah untuk sekolah kluster.

3.0 Objektif

³ Mengenalpasti Plan Strategik, Plan Taktikal dan Plan Operasi

³ Menerangkan cara menyediakan Plan Strategik, Plan Taktikal dan Plan Operasi

³ Mengenalpasti faktor-faktor yang menjayakan Plan Strategik, Plan Taktikal dan Plan Operasi.

³ Mengenalpasti kaedah-kaedah pengurusan panitia berkesan.

³ Mengamalkan kaedah-kaedah pengurusan panitia berkesan.

³ Menerapkan budaya kerja cemerlang kepada ahli-ahli panitia.


4.0 ATURCARA PROGRAM

8.00 – 8.30 - Pendaftaran peserta kursus

8.30 – 10.30 - Ceramah 1

(Plan Strategik, Plan Taktikal dan Plan Operasi)

10.30 – 11.00 - Rehat

11.00 – 1.00 - Ceramah 2

(Pengurusan Panitia Berkesan)

1.00 – 2.30 - Rehat

2.30 – 4.00 - Pasukan Dinamik.

5.0 Penutup

Ceramah yang dirancang ini diharap dapat memberi keyakinan kepada semua peserta dalam menjayakan tanggungjawab dengan efisien agar dapat menjamin peningkatan kualiti semua unit di SMK Kubang Kerian 1.

KURSUS BUDAYA TEGUR MENEGUR ( CAKNA PELAJAR )

Tarikh : 22/12/2008 ( Isnin )

Masa : 8.00pg – 4.00ptg

Tempat : Hotel New Pacific, K. Bharu, Kelantan.


1.0 Pendahuluan

Tugas seorang pendidik sememangnya bukan sesuatu kerjaya yang mudah kerana guru telah diamanahkan dan juga dipertanggungjawabkan ke atas proses pembelajaran dan pembentukan moral anak-anak didik mereka. Institusi sekolah memainkan peranan yang tiada tolak bandingnya dalam pembentukan holistik seorang individu.


2.0 Rasional

Pada hakikatnya, pendidikan mementingkan pembinaan insan secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi semua aspek, dibangunkan akal, hati, emosi, rohani dan jasmani, akhalak dan keterampilan . Ini memandangkan pendidikan menyiapkan manusia untuk menghadapi kehidupan baik dalam keadaan senang atau susah, maupun dalam keadaan damai atau sebaliknya. Pendidikan juga menyiapkan pelajar untuk menghadapi masyarakat dengan segala kebaikan dan kejahatan yang ada di dalamnya, manisnya dan pahitnya. Inilah hakikat kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh setiap individu yang bernama insan.

Justeru itu, untuk melahirkan individu yang hebat ini guru mempunyai tugas yang sangat besar mendidik, membimbing dan mengasuh anak didik mereka sehingga mereka menjadi insan yang soleh, musleh dan sentiasa menaburkan jasa kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan umat seluruhnya. Dalam hal ini budaya tegur menegur atau nasihat menasihati adalah sangat wajar dihidupkan dan dilarutkan dalam institusi sekolah khususnya teguran guru terhadap anak murid apabila melihat ketempangan berlaku dalam kalangan mereka samada ketempangan dari segi cara mereka berfikir, berbicara, bertindak dan sebagainya secara hikmah.


3.0 Faktor yang mendokong keberhasilan pendidikan

1. Iman yang kuat dan keyakinan yang tidak bergoyang bahawa pendidikan atau tarbiahlah satu-satunya jalan untuk merubah masyarakat, membentuk pemimipin dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

2. Perancangan pendidikan yang strategik, tujuan dan langkah yang terang dan tepat serta mempunyai falsafah yang jelas yang digali dari ajaran Islam.

3. Suasana kerja berpasukan yang positif , dibina di atas keimanan dan keikhlasan .

4. Pendidik yang mendidik dengan bakat, ilmu dan pengalamannya serta dianugerahkan kepadanya kekuatan iman, akan memberi kesan yang baik kepada setiap hati anak didik yang berhubung dengannya.


4.0 Objektif

§ Berwawasan yang jelas dan berkemahiran yang tinggi

§ Berjiwa penyayang dan sentiasa menyantuni pelajar

§ Bersikap optimis dan positif serta peka dengan perkembangan semasa

§ Berkeupayaan mengamal cara kerja yang berkesan

§ Sentiasa berusaha membangunkan diri.


5.0 Penutup

Program di atas telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Ceramah ”Tegur menegur Budaya Kita” telah disampaikan dengan pendekatan yang sangat baik. Semoga budaya tegur menegur akan dapat digarapkan dan disemarakkan ke dalam diri semua warga sekolah, dipermudahkan lagi dengan adanya kerjasama yang jitu dalam kalangan semua warga sekolah. Justeru itu, melalui program ini pihak sekolah menaruh harapan yang tinggi agar semua staf dapat dibina persefahaman mereka, kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap tugas.