Sunday, July 20, 2008

KURSUS BINA BLOG

Tarikh: 19/ 07/ 2008

Masa : 8.00pg – 4.00ptg

Tempat: Makmal Komputer 1

SMK Kubang Kerian 1.

Tajuk : ’ Bina Web Blog ’

Sasaran : Ketua-ketua Unit.

Penceramah :Tn. Hj. Mohamed b Abdullah

Penolong Pengarah ICT, JPN Kelantan

1.0 Pendahuluan

Blog adalah istilah dari Weblog . Weblog merupakan laman atau ruang catatan harian atau paparan karya yang ditayangkan secara online.Weblog juga dikenali dengan ‘Buku Harian Online’ yang diisi secara terus menerus secara periodik. Manakala blogger pula istilah yang diberikan kepada penulis karya blog di internet. Web blog membolehkan para pembuatnya menampilkan pelbagai jenis karya, kumpulan Link Internet, dokumen, gambar dan bahan multimedia. Karya atau hasil penulisan di dalam blog sepatutnya diolah sebaik mungkin agar dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan masyarakat.

2.0 Rasional

Dalam kontek sekolah, blog adalah media komunikasi, diskusi dan informasi secara global tentang pendidikan. Seiring dengan perubahan kurikulum ke arah pembestarian sepenuhnya, maka perkongsian pengalaman, ilmu, bahan teknologi P&P dan lain-lain lagi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan melalui laman blog. Malah, jaringan komunikasi akan dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi apabila ramai pengunjung yang melawat atau menjadi rakan kongsi blog kita. Bahan P&P juga dapat dimuat turunkan ke dalam blog untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Memandangkan kepada keperluan dan kepentingan inilah, Unit Perkembangan Staf Sekolah mengadakan Kursus Pembinaan Blog kepada Ketua-ketua Unit dan seterusnya akan diperpanjangkan kepada seluruh warga SMKKK 1 di masa akan datang.

3.0 Misi blog

1. Membuka ruang kepada blogger untuk menulis artikel dengan gaya yang menarik dan ringkas serta boleh dilawati secara santai sahaja.

2. Memuat turunkan pelbagai ilmu dan kemahiran berteraskan kebenaran.

3. Menyediakan ruang perkongsian bijak @ perkongsian karya.

4. Dapat membetulkan kepincangan masyarakat.

5. Mempertingkan prestasi diri melalui komen-komen yang dilontarkan oleh pelawat-pelawat blog.

6. Membina hubungan silaturrahim secara global melalui jaringan blog.

4.0 ATUR CARA

7.45pg - Pendaftaran

8.15pg - Pembukaan majlis

- Ucapan Pengetua

- Slot 1 “ Bina Web Blog ”

10.30pg - Rehat/ Persegaran

11.00pg - Sambungan Slot ” Bina Web blog ”

1.00tgh - Makan/Solat Zohor

2.30ptg - Perbengkelan

4.00ptg - Persegaran & bersurai

5.0 Penutup

Kesedaran tentang peranan Laman Blog menarik minat masyarakat untuk menulis karya dan berkongsi informasi ilmiah secara lebih berkesan. Fenomena yang positif ini juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman dan kecerdasan minda masyarakat Malaysia.



Monday, July 14, 2008

KURSUS PBS PMR TAHUN 2008

Tarikh : 9 Mac 2008

Masa : 8.00pg – 4.00ptg

Tempat: Dewan Tok Kenali

Rasional

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) akan dilaksanakan mulai tahun 2008. PBS ini dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012. Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM ) telah mengarahkan kepada sekolah supaya melaksanakan kursus pendedahan kepada guru-guru PMR tahun 2008. Lantaran itu kursus ini penting untuk memenuhi arahan tersebut.

Objektif

  1. Supaya semua guru yang mengajar Tingkatan 1, 2, dan 3 mendapat pendedahan tentang modul, konsep dan prosedur PBS
  2. Semua guru mendapat kemahiran dalam melaksanakan PBS
  3. Sekolah dan pentaksir dapat melaksanakan PBS mengikut jadual yang ditetapkan.

Sasaran

  1. Semua guru yang mengajar Tingkatan 1, 2 dan 3 ( Kecuali Mata pelajaran Matematik )
  2. Semua Guru Kanan, Ketua Panitia dan Penolong Kanan.

ATUR CARA MAJLIS

8.00pg - Pendaftaran

8.15pg - Bacaan doa

8.20pg - Ucapan Perasmian

Oleh Tn. Hj. Raub b Tengah

- Ceramah oleh Tn.Hj. Che Nik b Yaacob

PK Pentadbiran SMKKK 1

10.30pg - Rehat/ Persegaran

11.00pg - Sambungan ceramah PKP

1.00tgh - Solat & Persegaran

2.30ptg - Bengkel

4.00ptg - Bersurai

Penutup

Kursus ini adalah sangat penting dan ia diharapkan dapat memberi pendedahan dan pemahaman dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru yang terlibat akan memahami tugas dan peranan masing-masing dalam melaksanakan PBS di peringkat sekolah.

Saturday, July 5, 2008

KURSUS PENYEDIAAN STOK

Tarikh : 5 Julai 2008

Masa : 8.30pg - 4.00ptg

Tempat : Makmal komputer 1

1.0 Pengenalan

Stok adalah semua barang guna habis termasuk alatulis dan kelengkapan pejabat dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Stok ini termasuk pembelian alatganti bagi tujuan penyenggaraan. Pengisian kursus ini adalah meliputi ceramah Pengurusan Stok berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/07 dan juga Bengkel mengisi buku stok Aset Aset Kerajaan.
Kursus ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada tiga aspek dalam pengurusan asset alih iaitu :

  1. Merekod asset
  2. Menyimpan stok
  3. Melupuskan asset.

Rasional

Secara pengisiannya,kursus ini juga dapat mendedahkan para guru tentang penyelenggaraan stok dan pengawalan serta kumpulan asset alih.Dapat mendedahkan para guru ke arah penggunaan ICT yang mana ia bertujuan untuk diuruskan secara sistematik dan teratur.Bagi pihak JPN juga dapat menyemaknya secara online dan ini lebih memudahkan urusan antara kedua pihak.

3.0 Objektif

Tujuan pengisian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dalam menyediakan pengurusan stok dalam prosedur yang betul.Guru-guru juga dapat mengaplikasikan apa yang disampaikan sesuai dengan penggunaan online masa kini.

4.0 Penceramah

1. En. Januar b Muslim

5.0 Sasaran

Guru – guru yang terlibat dengan pengurusan stok

6.0 ATURCARA MAJLIS

8.00 Pg ; Pendaftaran

8.15 Pg : Pembukaan majlis

Ucapan Pengetua

Ceramah 1

10.30 Pg : Rehat / Persegaran

11.00 Pg : Ceramah 2

1.00 Tgh : Makan / Solat Zohor

2.30 Ptg : Perbengkelan

4.00 Ptg : Persegaran / Bersurai.